Tuesday 16 December 2014

Puding roti karamel

Assalamualaikum n salam sejahtera readers yg disayangi..

Alhamdulillah..semalam diberi peluang lagi utk melunaskan saki baki puasa ganti yg belum tertunai..niat memang nak habiskan bulan 12 ni..sebab bulan 12 ni aktiviti n program di pejabat dah kurang...jadi badan pun xde la aktif sangat..jd memang sangat2 sesuai nak berpuasa ganti...bila dah puasa ni..tekak ni memang macam2 nak makan..sebab tu semalam..badan ni terlebih rajin buat puding roti karamel...

Selalu saya buat puding karamel ni tanpa roti..mcm yg pernah saya bawa g pejabat masa sambutan hari raya puasa lepas..tapi tanpa roti..yang kali punya ada roti..rasa lebih kurang sama..cuma bila ada roti ni..dia x lembik sangat..n rasa senang sangat nak potong..

Resepi ni sebenarnya sy ambil dr blog Pn.Azie..pemilik eksklusif blog Azie Kitchen..sy mmg suka sangat try resepi2 dlm blog Pn.Azie ni..sebab mmg mnjadi dan sedap..:)..en.suami pun mmg layan jugk puding karamel ni..dah rasa sekali..rasa nak tambah lagi..:)

Jom layan resepi puding roti karamel ni.

(UNTUK GULA KARAMEL)

Bahan-bahan : 
3 sb gula pasir
1 sb air panas

Cara-cara:
Masak gula dalam kuali sampai perang. Masukkan air panas tadi dan kacau sampai larut. Hati2 yer masa masukkan air tu..sebab gula tengah panas. Kemudian, matikan api dan tuang ke dalam loyang dan ketepikan.



Bahan-bahan Puding:
4 keping roti gardenia - dicarik-carik
1 cawan air suam
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
3 biji telur gred A - dipukul manja sampai sebati putih dan kuning telur, kemudian tapis.
1 sk esen vanila

Cara-cara:
Kisar roti,susu pekat, susu cair, dan air suam. Masukkan telur dan esen vaila. Kisar lagi.

Tuang ke dalam loyang yang berisi gula hangus tadi.





Kukus selama 20-30 minit. 
Sejukkan sebelum diterbalikkan. Potong dan dah boleh hidang..Sedap makan masa sejuk.:)
Selamat mencuba..:)









No comments:

Post a Comment