Daisypath - Anniversary

Saturday, 28 February 2015

Resepi Ikan Cencaru Sumbat Bakar

Assalamualaikum dan salam sejahtera to all dear readers...

walaupun badan x berapa nak sihat hari ni..rasa mual2 jerk..pregnant ker?? hihi..x taw la..tunggu beberapa hari lg baru nak check..mudah-mudahan ada rezki..amin...

so..hari ni nak share resepi Ikan Cencaru Sumbat Bakar..resepi ni sy ambil drpd blog Sinar Kehidupanku..

Memang tinggal ikan cencaru saja dalam peti ais tu..macam x best pulak kalau goreng  macam biasa..jd nak try bakar pulak..jom tengok resepi ni..Tapi x semua bahan dia 100% saya ikut..apa yg ada di rumah itu la yg diguna....tp InsyaAllah...sedap jugak taw!!
 

Bahan-Bahan
  • 3 ekor ikan cencaru - tapi saya guna 2 ekor jer.
  • 1 biji bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • 1/2 in kunyit hidup
  • 1 biji cili merah
  • 3 - 5 biji cili api
  • sedikit belacan - x guna sebab husband alergic belacan
  • 3 sudu besar air asam jawa pekat
  • 1 helai daun kunyit ~ dihiris halus - x guna sebab xde stok kat rumah
  • garam
  • gula
Cara-Cara:

1. Belah belakang ikan cencaru, bersihkan dan toskan.

2.Tumbuk bawang besar, bawang putih, kunyit hidup, cili merah, cili api dan belacan hingga lumat.



3.Masukkan air asam jawa, daun kunyit, gula dan garam dan gaul.

4. Masukkan kedalam ikan cencaru dan perap 1/2 jam.


Cara bakar:
** Setelah siap semuanya, bungkus ikan dlm aluminium foil dan letak di atas pemanggang dan bakar dlm 45 minit. Siap utk di hidangkan.








Selamat mencuba!!

No comments:

Post a Comment